Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang telah mula beroperasi pada 19 November 2009, pada awal penubuhan ianya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komunti atau PJK. Pelbagai program telah dijalankan sepanjang PJK ini beroperasi, bermula dengan pengenalan ICT, pemantapan ICT dan seterusnya ETIKA dalam ICT.
Kini ianya telah bertukar kepada Pusat internet 1Malaysia, banyak pekara telah di perbaharui sebagai contoh peralatan komputer yang lebih canggih, suasana yang lebih selesa dan perhidmatan yang terbaik di sokong internet yang berkelajuan tinggi.
Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang merupakan satu tempat rujukan ilmu kepada masyarakat sekitar malah pengunjung luar juga. Kedudukan yang dipilih amat strategi kerana berada di tengah-tengah kawasan kampung sekitar iaitu Kampung Lawar,Kuala Long,Sungai Long,Kalai dan Kampung Salor.
Sentiasa dikunjungi komuniti setempat terutama pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mencari bahan menyiapkan kerja sekolah serta orang2 dewasa untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang seperti fotostat,printing,scanning dan menggunakan internet. Tidak ketinggalan juga pelajar ipta/ipts yang datang menggunakan kemudahan di sini.