GUNUNG RENG     

Batu Melintang merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kelantan. Hal ini kerana di dalam Jajahan Batu Melintang terdapat sebuah gua yang dikenali sebagai Gunung Reng, mempunyai banyak sejarah yang tersendiri. Terdapat pelbagai fasiliti yang selesa disediakan untuk para pengunjung. Papan cerita mengenai sejarah kejadian Gunung Reng juga disediakan untuk para pengunjung.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kedai makan, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, wakaf dan masjid.  Kini Taman rekreasi ini telah berubah kerana semakin banyak perubahan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Jeli dengan menaik taraf semua tempat seperti memasang lampu berwarna warni, menambah kerusi dan meja untuk bersantai serta menambah alatan permainan kanak-kanak seperti gelongsor,jongkang-jongkit dan banyak lagi.

Bersebelahan dengan Gunung Reng, terdapat sebuah sungai iaitu Sungai pergau yang juga menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini. Wakaf-wakaf juga dibina berdekatan dengan sungai untuk memudahkan para pengunjung. Pengunjung boleh berkelah di wakaf yang disediakan. Kebanyakan pengunjung yang datang ke Gunung Reng ialah mereka yang dalam perjalanan menuju ke utara atau sebaliknya. Pusat rekreasi ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mereka menghilangkan penat setelah melalui perjalanan yang jauh. Ini kerana kawasannya tenang dan nyaman.

Masjid Gunung Reng yang berlatarbelakang Gunung amat menarik dan indah menggamit pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat disamping dapat merehatkan diri sebentar sementara meneruskan perjalanan.

c 1

c 4

 taman gunung 1    dewan bayang gunung  gerai bayang gunung

 

  

 

Kolam air panas jeli KN
Malaysia
5° 42' 2.5164" N101° 50' 35.3436" E