KEUSAHAWAN : PERUSAHAAN KEDAI BARBER ( GUNTING RAMBUT )
Merupakan anak sulung dari 4 beradik. Telah kehilangan ayah tersayang setahun yang lalu dan mempunyai seorang ibu yang menjalankan perniagaan karipap mini secara kecil-kecilan. Beliau jarang datang ke Pusat Internet untuk menggunakan internet. Biasanya jika datang ke Pusat Internet hanya untuk fotostat dan print tanda harga jualan mini karipap ibunya. Selain itu, beliau datang untuk mengisi online kerja kosong.
Setelah dipelawa oleh staf untuk menyertai kelas keusahawanan, beliau mula menunjukkan minat untuk terus belajar promosi online. Rezeki beliau kerana dapat membuka sebuah kedai gunting rambut di R&R Jeli bersebelahan MRSM Jeli dan UMK Kampus Cawangan Jeli. Antara kelas yang disertai oleh beliau ialah kelas dashboard,membuat emel dan sebagainya.
USAHAWAN : PELAMIN MINI BAJET DAN SOLEKAN
Merupakan seorang ibu kepada 2 cahaya mata kembar berusia 6 tahun. Beliau juga seorang wanita berkerjaya,bekerja di Perpustakaan Desa Batu Melintang. Amat meminati bidang hiasan pelamin dan juga solekan pengantin. Puan Maziah selalu datang ke Pusat Internet Batu Melintang untuk menghantar emel dan melakukan online banking. Tidak pernah mengikuti kelas yang diadakan kerana komitmen kerja.
Setelah beliau aktif menjalankan perniagaan ini, beliau kerap datang untuk mendapatkan tunjuk ajar mempromosikan perniagaan beliau. Apabila ada masa terluang beliau menyertai kelas keusahawanan yang dijalankan dan sering mencari peluang mempromosikan perniagaan beliau. Antaranya beliau promosi dalam dashboard,facebook dan whatsapp. Semenjak dari itu,perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat tempahan ramai dari kawasan Batu Melintang hingga ke Bukit Bunga dan Ayer Lanas.
USAHAWAN : KEK DAN PASTRI ONLINE
Puan Noor Shazillawaty berumur 34 tahun, menjalankan perniagaan kecil-kecilan kek dan pastri lebih kurang 2tahun.Puan Noor Shazillawaty mempromosikan produk jualan kek dan pastrinya hanya sekitar kawasan kampung sahaja sebelum ini. Jualan beliau amat laris dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan. Oleh kerana beliau hanya berniaga dari rumah sahaja,beliau mengambil tempahan dengan terhad. Beliau belum mempunyai kedai atau premis sendiri.
Sedar dengan kaedah pemasaran yang kurang memuaskan,beliau mula hadir ke Pusat Internet dan mengikuti kursus-kursus seperti mencipta emel dan blog,membuat facebook dan banyak lagi. Beliau belajar menaip dan belajar mempromosikan produk beliau dengan staf Pusat Internet. Sekarang jualan beliau amat dikenali oleh penduduk kawasan jeli. Beliau juga membuat penghantaran ke rumah pelanggan. Sentiasa mendapat tempahan dari pejabat mahupun untuk majlis-majlis lain. Keenakkan rasa kek dan pastrinya memang sentiasa menjadi buah mulut penduduk sekitar. Belaiu mempunyai impian untuk mempunyai premis sendiri satu hari nanti.
USAHAWAN : KUIH AKOK,REMPEYEK,BAHULU,SARANG TEBUAN DAN PEKASAM
Puan Fatiha merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berumur 8 tahun. Telah menjalankan perniagaan ini bersama emaknya yang tinggal bersamanya. Puan Fatiha membuat semua kuih ini di rumah dengan dibantu emaknya. Produk beliau hanya diketahui penduduk sekitar dan beliau banyak menerima tempahan dari kedai-kedai runcit berhampiran. Beliau datang ke Pusat Internet untuk membuat sijil komputer. Dari situlah bermula beliau diperkenalkan dengan kelas-kelas keusahawanan dan bimbingan membuat page serta promosi oleh staf Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang.
Setelah beberapa kali menyertai program dan kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau selalu datang untuk belajar mempromosi produk dalam dashboard dan sebagainya. Pendapatan Puan Fatiha juga semakin bertambah sekarang di mana tempahan yang diterima semakin tinggi. Beliau juga mahir menggunakan microsoft word, excel dan powerpoint. Beliau membuat sticker sendiri berbanding dahulu yang hanya meletakkan tanda harga dengan marker sahaja.
Halaman 1 dari 2