Cafe ini terletak di daerah Jeli di Kampung Belimbing Batu Melintang. Ia berdekatan dengan muara sungai Berching bersambung dengan Sungai Pergau. Lokasi di tepi sungai menjadikan tempat ini sangat strategik dan menarik pengunjung. Menyediakan makanan ala western cafe ini sangat sesuai dijadikan tempat berkhelah sekeluarga ataupun bersama rakan-rakan. 

Antara Menu utama ialah Burger, Chicken Chop, Nasi Ayam Crispy, Mee ramen dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutuan. Kedai dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Bermula jam 4 petang sehingga 10 malam.

 

berching

berching1

berching3

berching2

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuih Akok

akok1

 

 

Akok Fozen

akok k.za

 

Nasi Lemak 

Nasi lemak adalah makanan yang disukai dan digemari ramai di kampung ini. Biasanya dijual di gerai dan warung sekitar dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM1.00 sebungkus.

nasilemak

Nasi Berlauk

Nasi berlauk yang dijual disini mengandungi pelbagai lauk yang boleh dipilih mengikut kesukaan. Antaranya lauk ayam gulai,ayam goreng, daging goreng dan sebagainya. Nasi yang dijual berharga sekitar RM1.50 hingga RM 2.00 sahaja.

nasiberlakuk

Nasi Kerabu

Selain dari dua makanan di atas,nasi kerabu juga tidak asing lagi disini. Biasanya dijual dengan harga RM2.00 sahaja. Dengan adanya nasi kerabu di setiap gerai dan kedai makan, orang ramai boleh memilih nasi kerabu sedap yang digemari mereka.

nasikerabu

Laksam

Laksam juga makanan yang amat digemari oleh orang kampung ini. Sebagai pengalas perut sebelum keluar pergi bekerja,laksam yang sedap dan harga yang berpatutan iaitu RM2.00 sepinggan.

laksam

 

Kuih-Muih

1. Donat

donat

2. Sardin Gulung

karipapsardin

3. Karipap Pusing

karipappusing